BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

Program ke 2 and ke 3


Gambar di atas ni ketika Cuti Peralihan dari Matriks ke Kampus utama UIAM
Nama program: Qiamullail sehari bersama ahli team AKM Sinulihan &  belia Kg. Johan Jaya


Peserta yang memasak !=)

Ini program terakhir sebelum berangkat pulang ke semenanjung
gambar2 lain dalam simpanan sahabat Poli..

Program Pertama

Sunday, October 18, 2009

Akademi Khalifah Muda

Selepas remaja dihidangkan dengan AF entah sudah kali yang ke berapa..kini sekali lagi mereka dikejutkan oleh satu program yang lebih mendidik jiwa rohani mereka..Iaitu..(baca tajuk di atas..hehe)

Jangan hairan..akademi ini baru mula terkenal di keningau..di SM. Teknik Keningau(TEKNIKEN). Penulis yang bukan bekas pelajar sekolah itu pun rasa bangga sekolah ni masuk blog hijau ni..(alhamdulillah..)

Hm..Apa yang telah berlaku??Kami pahlawan bertiga Dua orang Serikanda, dan seorang serikandi telah mengurusnya dalam pelbagai cabaran.Akhirnya..Azimah, Masdeh dan Syahril dapat menghela nafas kesyukuran.. (mereka saja kah yang berjasa??Tidak.. ramai lagi..cuma..ni watak utama..((konon))..)

Kami yang ketandusan dana, telah dapat durian runtuh dari langit..Terima Kasih Ya ALLAH, Maka, dapatlah tempat dan dana sekali yang telah disediakan di sm . teknik.Kami cakap saja mahu buat, tapi mungkin disebabkan baru kali pertama idea, semangat dan tenaga milik pelajar Politeknik Kota kinabalu, Pusat asasi UIAM Petaling Jaya, Pusat Asasi UIAM Nilai..masih baru..jadi, kami rela menjadi tenaga pelaksana untuk program sekolah di atas. Terima kasih kepad Ustaz helmi dan, Ustazah-ustazah yang memantau program dan banyak menyelesaikan masalah dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah..kami dapat pengalaman yang banyak. Alhamdulilllah..

BANTUAN DARI KOTA KINABALU

Selepas berbincang bertiga..banyak cadangan yang dibuat..namun akhirnya..kami sepakat untuk mendapatkan bekalan tenaga tambahan iaitu fasilitator dari Politeknik Kota Kinabalu(PKK).=)..Alhamdulillah...sekali lagi ALLAH mudahkan..Dapatlah tenaga seramai 10 muslimat..dan muslimin ...juga 10 orang..(ramai saja bekas pelajar teknik..^_^)

Semua ini yang berpengalaman dan tidak memerlukan temuduga..aiseh..(istigfar bagi yang berkenaan..=))Hebat..itulah satu kebesaran ALLAh, apabila hambaNya yang bersyukur dan sentiasa mahu menambah ilmu, Dia campakkan kemahiran yang tiada pada orang yang malas nak menuntut ilmu..Tahniah semua Fasilitator..Ada rezeki jumpa..bersua lagi ya..maaf atas kesalahan yang tersengaja atau tidak..Ukhuwah Fillah itu sememangnya manis...yang sukar diungkap ddengan kata-kata.

Kedatangan mereka dinanti dengan penuh debar, mestilah...ni bagi penulis, bukan pada Masdeh dan Syahril.....Dan, bila kumpulan pertama dah sampai awal maghrb tu, penulis dan seorang adik comel menebalkan muka untuk makan malam. Tapi dek tebal sangat rasa tak dapat makan awal...sengaja melewat-lewatkan masa makan malam...macam bersahur pulak..Nasib baik perut tak jadi meragam malam tu..(kalau meragam , padan muka..)

Tunggu punya tunggu, Ustazah Nik serta dua orang kawan lagi, terpaksa membri taklimat kepada kami yang ada saja dulu..Kumpulan fasilitator seterusnya datang pada pukul sepuluh lebih..risau jugak sebab agak lewat. Dalam jadual ALLAH dah tetap begitu, nak kata apalagi..redah sajalah..^_^..

RESPON PESERTA.

Oleh kerana penulis yang datang paling awal..Ditinggalkan seorang oleh serikanda berdua tu..di SM. Teknik..penulis perlu selesaikan perkara yang berkaitan dengan barang seperti risalah, dan memindahkan barang ke satu tempat yang mudah untuk kami kumpulkan nanti.

Beberapa peserta yang kelihatan berwajah ceria datang membantu penulis mengepilkan risalah bersama rakan-takannya. Bagus pelajar-pelajar ni..(dik, istighfar ye..^_^)..Alhamdulillah..


Mereka begitu tidak sabar untuk mendaftar..yalah mungkin nama program ini ada AKADEMI..Macam AF..hee..tak adalah..hanya sebagai cicipan iklan..

Semua yang datang adalah sampai .00..

Untuk muslimat penulis sangat bersyukur kerana penerimaan mereka sangat menggembirakan. Walaupun isnin ini pelajar Tingkata 4 akan menghadapi peperikssaan..Untuk muslimat juga penulis berada di samping mereka ketika kuliah dasar 1 & 2, oleh kerana penulis urusetia muslimat yang tunggal,penulis perlu meninggalkan mereka pada ketika lainnya.

Kerja penulis adalah sebagai pengacau. Tapi tidaklah sesadis Mat Kacau. Kacau-kacau sayang...(penulis pun tidak tahu dari mana Perkataan ni...Itu tandanya nak bagi keluar gambar-gampar program..)

ler..gambar pulak masalah..tension..

nanti penulis masukkan esok ek..

Hm..Ko-Fasi..bermama Muh..Muslimat..Kak Disah ...

Ceria bebudak ni..suka tengok.
Satu lagi, hati mereka semua memang dahagakan ilmu Islam. Moga Allah bukakan hati mereka seluasnya ketika program.

Explorace agak advance..tahniah barisan Fasi..Sampai tak habis bebudak ni main, masa terlalu mencemburui...

Malam MKI...hanya muslimin sahaja yang membuat persembahan..Hehe..
Muslimat, bukan tak ok..cuma..faktor masa..

Lepas tu, Muhasabah..Lepas tu, tido..
Esoknya..Senaman, oleh kerana lambat datang..lambat la mula..Ni ada nasihat, adik-adik, lepas ni, tanggungjawab masa adalah atas bahu kalian, anggap begitu..sedikit lewat kalian telah membazirkan masa orang lain..Fasilitator bukan faktor/lesen untuk lambat..jika melihat mereka lambat...Untuk Fasi pula,mungkin benda ni pun perlu dibaiki juga ek..^_^..
(macam ana ni tepati masa sangat..kui3)

Paling seronok dalam riadah kali ini adalah senam siput-siput..rancak, semua bagi kerja sama..=)

Hm...suasana diselubung syahdu sepanjang majlis penutupan..terutama ketika Fasilitator semua mahu melangkah ke bahagian belakang..mereka diserbu peserta dengan air mata yang mengalir..Ai..tak tahu la bahagian muslimin..ni muslimat lahh..

Amat syukur..itu yang penulis nak bagi tahu sebenarnya..tapi tanpa gambar2..seronok tu tak dapat di kongsi..tunggu sajalah ya..



Hm..ceramah 3, LDK 3 dan Majlis penutupan adalah aktiviti hari terakhir selain
senaman siput2..

konklusi, oleh kerana ini kali pertama, akademi khalifah muda..kami mengakui banyak kesilapan yang berlaku, tapi kami telah sedia maklum, banyak masalah akan dihadapi..
Bagi penerus genarasi Rabbani di Keningau, teruslah berdakwah..hatta dengan nafas sekalipun..

Maaf atas kekurangan yang berlaku..JUtaan terima kasih semua yang terlibat!

Perasmian Blog AKM

Bismillahirrahmanirrahiim...

Hari ini blog ini dengan rasminya menjadi wadah penyampai maklumat untuk AKM..

APA ITU AKM?

AKM adalah kependekan untuk Akademi Khalifah Muda yang merupakan sebuah syarikat yang bakal ditubuhkan. Dalam proses penubuhanlah sekarang.

Penerajui adalah Mahasiswa-mahasiswa dari IPTA yang mempunyai kesedaran untuk melakukan perubahan  pada diri insan para remaja khasnya yang tinggal di sekitar Keningau.

AKM menawarkan perkhidmatan untuk Motivasi murid-murid di Sekolah menengah, seperti yang dibuat julung kalinya di SM. Teknik, Keningau pada tahun lalu.

Selain itu, AKM menawarkan perkhidmatan cleaning service bagi kawasan yang mempunyai ahli yang ramai seperti Kg. Sinulihan.

Program yang terbaru yang bakal dibuat ialah kursus solat di Kg. Johan Jaya.

Siapa Yang Boleh Menggunakan Perkhidmatan AKM?

Kami tidak membuat pengecualian kepada mana-mana persatuan, mahupun sekolah, mahupun Badan-badan, asalkan , program yang bakal kami laksanakan program berbentuk MOTIVASI.


Dana AKM?

Dana AKM bergantung kepada sumbangan ramai,:)..

Insya ALLAH, biasanya untuk permulaan ini, kami menggalakkan pihak yang memerlukan tenaga kami untuk menyediakan sendiri dana pelaksanaan program. Kami datang hanya sebagai pelaksana. Dalam masa yang sama, kami akan cuba memastikan peserta mendapat folow up yang berterusan demi memastikan keberkesanan program dengan penubuhan 'team AKM'.



MAKA, KAMI MEMERLUKAN SoKONGAN ANDA!

Anda yang mengetahui kewujudan AKM ini boleh membantu dari sudut memberikan sumbangan sama ada tenaga mahupun kewangan pada setiap program yang bakal dilakukan.  Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli 'team AKM' boleh menghantar butiran diri, nama penuh, ic , latar belakang persekolahan/pendidikan, emel/fb/blog/, alamat tempat tinggal sekarang, dan SEBAB MAHU MENJADI AHLI..=)

Anda itu,

Remaja sendiri, Gaduan IPTA/S yang mahu bergiat aktif di dalam aktiviti pengislahan@kemasyarakatan. Namun begitu, setakat ini, kami hanya mampu bagi pengalaman, insentif berbentuk duit belum di tawarkan.