BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

Perasmian Blog AKM

Bismillahirrahmanirrahiim...

Hari ini blog ini dengan rasminya menjadi wadah penyampai maklumat untuk AKM..

APA ITU AKM?

AKM adalah kependekan untuk Akademi Khalifah Muda yang merupakan sebuah syarikat yang bakal ditubuhkan. Dalam proses penubuhanlah sekarang.

Penerajui adalah Mahasiswa-mahasiswa dari IPTA yang mempunyai kesedaran untuk melakukan perubahan  pada diri insan para remaja khasnya yang tinggal di sekitar Keningau.

AKM menawarkan perkhidmatan untuk Motivasi murid-murid di Sekolah menengah, seperti yang dibuat julung kalinya di SM. Teknik, Keningau pada tahun lalu.

Selain itu, AKM menawarkan perkhidmatan cleaning service bagi kawasan yang mempunyai ahli yang ramai seperti Kg. Sinulihan.

Program yang terbaru yang bakal dibuat ialah kursus solat di Kg. Johan Jaya.

Siapa Yang Boleh Menggunakan Perkhidmatan AKM?

Kami tidak membuat pengecualian kepada mana-mana persatuan, mahupun sekolah, mahupun Badan-badan, asalkan , program yang bakal kami laksanakan program berbentuk MOTIVASI.


Dana AKM?

Dana AKM bergantung kepada sumbangan ramai,:)..

Insya ALLAH, biasanya untuk permulaan ini, kami menggalakkan pihak yang memerlukan tenaga kami untuk menyediakan sendiri dana pelaksanaan program. Kami datang hanya sebagai pelaksana. Dalam masa yang sama, kami akan cuba memastikan peserta mendapat folow up yang berterusan demi memastikan keberkesanan program dengan penubuhan 'team AKM'.



MAKA, KAMI MEMERLUKAN SoKONGAN ANDA!

Anda yang mengetahui kewujudan AKM ini boleh membantu dari sudut memberikan sumbangan sama ada tenaga mahupun kewangan pada setiap program yang bakal dilakukan.  Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli 'team AKM' boleh menghantar butiran diri, nama penuh, ic , latar belakang persekolahan/pendidikan, emel/fb/blog/, alamat tempat tinggal sekarang, dan SEBAB MAHU MENJADI AHLI..=)

Anda itu,

Remaja sendiri, Gaduan IPTA/S yang mahu bergiat aktif di dalam aktiviti pengislahan@kemasyarakatan. Namun begitu, setakat ini, kami hanya mampu bagi pengalaman, insentif berbentuk duit belum di tawarkan.

0 comments: